Sudah menjadi resam manusia sukar untuk keluar dari "zon selesanya" bila memang dah pun cukup selesa berada di dalamnya - Buat apa lagi nak susah-susah mencuba sesuatu yang belum tentu akan hasilnya.
Dan bila ada pula pihak yang cuba menggugat zon selesa tersebut, maka akan diberikan tentangan yang cukup hebat untuk menangkis cubaan tersebut.
Agaknya itulah antara kesan-kesan sampingan yang sedang dihadapi oleh KJ selepas ucapan pembukaan (Di Persimpang Jalan Perjuangan) beliau baru-baru ini. Walaupun tujuannya itu baik namun agak sukar untuk diterima oleh kebanyakkan pihak termasuk yang turut menempelak adalah TDM sendiri melalui artikel ini.
Sila juga baca artikel ini.

