Tindakan tegas terhadap pihak terbabit kehilangan enjin pesawat: Ahmad Zahid
BALIK PULAU: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata kementeriannya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terbabit dalam kes kehilangan enjin pesawat F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
Sambil memberi jaminan akan bekerjasama dengan polis, beliau menegaskan pihak yang terbabit akan dikenakan tindakan tegas.
Beliau berkata demikian selepas melancarkan kompeni askar wataniah kawasan Pulau Pinang dan Kedah selatan di sini, sebentar tadi.
Sumber: Berita Harian Online
Kalau enjin trak atau kereta biasalah kita dengar. Ini enjin untuk jet pejuang, alahai ...