PM Tidak Terkejut.

Filed under: by: Pok Kam


KUALA LUMPUR 15 Dis. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak terkejut dengan kenyataan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyifatkan beliau sebagai pemimpin Islam yang berani kerana melakukan lawatan ke selatan Thailand baru-baru ini.

Beliau berkata, kenyataan Mursyidul Am Pas itu seolah-olah seperti pendulum.

"Kita pelik macam mana dalam tempoh beberapa minggu beliau (Nik Abdul Aziz) telah berubah fikiran dan mengganggap saya sebagai seorang pemimpin dan pejuang Islam yang berani," katanya sambil tersenyum.


Mungkin juga Tok Guru
perlu ada seorang "press aide" bersama beliau selalu lebih-lebih lagi ketika bersemuka dengan pihak media.