Tidak dapat dinafikan lagi bahawa dewasa ini telefon bimbit sudah menjadi satu kemestian atau salah satu di antara benda yang harus dimiliki terutamanya pada golongan muda kita.
Lihat saja di keliling anda setiap hari. Pasti anda akan terlihat samada di restoran, di tepi jalan, ketika sedang melintas, ketika memandu (dengan alat 'hands-free'), di stesyen bas atau di pasaraya besar – pasti akan kelihatan ada ramai juga yang sedang menggunakan telefon bimbit masing-masing.
Tak kisahlah samada mereka sedang bersembang, bertengkar ataupun ber‘sms’. Kita pasti tidak akan terlepas daripada menyaksikan aksi yang disebutkan tadi. Sedangkan saya sendiri pun kadang-kala kerap juga melakukan di antara satu daripada perbuatan yang sebutkan.
Namun apa yang saya tidak akan lakukan dan menganggapnya sebagai suatu perbuatan yang amat tidak senonoh ialah sikap sesetengah insan ketika berada di dalam tandas.
Boleh juga ya, mereka bersembang atau ber’sms’ panjang di saat sedang melepas besar. Agaknya hidung mereka ni dah lali dengan bau sisa buangan masing-masing. Macamlah sudah tiada tempat lain untuk menggunakan telefon bimbit. Hairan juga saya dengan gelagat mereka ini dan perbuatan sedemikian kerap saya dapati ketika menggunakani tandas awam.
Namun yang selalu menjadi tanda tanya pada diri saya ialah ketika di penghujung perbualan mereka nanti. Samada mereka nak beri salam ataupun balas salam yang diberi.