ZURICH: Jawatankuasa Etika Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) menggantung calon jawatan presiden, Mohammed Hamman dan Naib Presiden FIFA, Jack Warner manakala presiden persekutuan itu, Sepp Blatter bebas daripada sebarang penyelewengan.
Jawatankuasa yang dipengerusikan Petrus Damaseb, mendengar keterangan Hamman, Warner dan Blatter pada perbicaraan yang bermula dengan Hamman menarik diri daripada pemilihan jawatan tertinggi FIFA sekali gus membolehkan Blatter hadir sebagai calon tunggal.
Jawatankuasa Etika FIFA sudah membuat keputusan,” kata Blatter dalam kenyataan. “Saya tidak mahu mengulas secara terperinci. Tapi saya cuma ingin nyatakan bahawa saya kecewa dengan apa yang berlaku dalam beberapa hari dan minggu sebelum ini,” katanya - AFP
Di mana-mana pun sekarang ini semua pihak kan cuba guna taktik dan permainan kotor politik. Menarik dan hampir serupa dengan taktik yang digunakan di sini.
Di antara sebab Bin Hamman tersungkur mungkin kerana FIFA belum bersedia lagi untuk diterajui oleh sesiapa yang berasal dari benua Asia. Terlebih lagi oleh seorang berbangsa Arab.
Tapi Bin Hamman pun bukan hero saya. Dulu dia juga yang jadi penghalang kepada sebuah Kelab terkemuka Inggeris untuk mengadakan beberapa perlawanan persahabatan di sini.

